Jualan Akhir Tahun

Pakej Jumlah Dalam Stok Harga Biasa Harga Sekarang*
3 set Combination 15 9 sahaja lagi RM375 RM330
3 set Pantiliner 20 9 sahaja lagi RM375 RM330
1 set Pantiliner + 1 set Day + 1 set Night 15 4 sahaja lagi RM375 RM330
1 set Combo + 1 set Day + 1 set Night 10 2 sahaja lagi RM375 RM330
1 set Combo + 2 set Day 5 1 sahaja lagi RM375 RM330
2 set Combo + 1 set Day 10 1 sahaja lagi RM375 RM330
3 set Day 10 HABIS! RM375 RM330
3 set Night 10 HABIS! RM375 RM330

* Harga ambil sendiri di Subang Jaya, Selangor.
Tambah RM10 untuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia.

Hubungi 0192807275 untuk pesanan dan pertanyaan.

Blog

Perit setiap kali haid – Shuhaily

Blog,Testimoni No Comments

Terima kasih: Artikel ini telah disiarkan di Utusan Malaysia pada 3 January 2010 oleh Rabiatul Adaiyah Koh Abdullah

ANDA tentu tak percaya yang saya telah lari dari hospital,” kata wanita ini menceritakan pengalamannya menjalani pembedahan fibroid sembilan tahun lalu.

“Saya telah berpindah ke Pusat Perubatan Pantai dan hanya fibroid sahaja dibuang. Pembedahan mengambil masa empat jam dan kos pembedahan hampir RM 4000. Saya gunakan semua wang simpanan yang saya kumpul selama bertahun-tahun. Hancur luluh harapan saya untuk sambung belajar. Malah, saya mendapat dugaan lebih besar apabila tunang kesayangan mula berubah dan memutuskan pertunangan selepas dua minggu pembedahan,” Shuhaily Mohd Basir, 32 tahun.

Perit setiap kali haid Shuhaily Perit setiap kali haid – Shuhaily

Selepas apa yang berlaku, Shuhaily tidak berhenti menangis. Akibatnya, dia mengalami bentan dan pendarahan selama sebulan. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk berhenti kerja.

Mengimbas kenangan Oktober 2000, dia mengalami sakit perut yang teramat sangat hampir dua minggu sehingga doktor pakar sendiri tidak dapat mengesan diagnosis sebenar penyakitnya.

“Ubat tahan sakit di tambah dos tiga kali ganda. Namun, masih tak juga berubah dan langsung tak berkurangan. Akhirnya, doktor mendapati masalah fibroid dalam rahim saya. Saya diarah menjalani pembedahan buang keseluruhan rahim serta-merta. Mak saya tak berhenti menangis bila mendapat tahu hal tersebut. Saya sangat sedih sehingga tak mampu lagi mengeluarkan air mata,” katanya.

Shuhaily mengalami pelbagai masalah sakit puan sejak berumur 16 tahun.

Dia dan keluarga tidak berputus asa mencari pelbagai alternatif dengan berurut tradisional, bermacam jenis jamu, pelbagai ubat suplemen malah ubat doktor dari klinik swasta dan hospital kerajaan setiap hari.

Namun, tetap tiada perubahan.

“Doktor hanya memberi jawapan masalah hormon. Kata doktor, masalah haid seperti senggugut adalah perkara biasa bagi semua wanita. Hari demi hari, masalah yang saya hadapi semakin buruk. Ketika itu, saya sering tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit senggugut semasa haid dan beberapa kali tumpah darah (bleeding). Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang telah menjadi rumah kedua saya. Akhirnya, saya tidak mendapat keputusan yang memuaskan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” ujarnya sedih.

Kemudian, Shuhaily menyambung pelajaran ke tingkatan enam dengan harapan untuk menebus kesilapan. .Namun, pelajarannya terganggu kerana sering keluar masuk hospital.

“Senggugut semakin teruk sehingga saya tidak boleh bangun dan sering pitam. Akhirnya pada tahun 1996, saya tabah menjalani peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Hospital Banting. Keputusan STPM sungguh mengecewakan saya.

Kemudian, saya bekerja sebagai operator pengeluaran kilang di NEC. Niat di hati mahu ambil STPM sekali lagi tetapi duit gaji habis begitu sahaja dengan rawatan dan ubat saya makan 14 jenis ubat setiap hari,” jelasnya.

SENGGUGUT adalah seperti sakit perut yang teruk.- Gambar hiasan.

Kemudian, Shuhaily mengambil keputusan bertukar kerja sebagai krew restoran. Namun, masalah sakit puannya berterusan selepas pembedahan.

“Saya alami masalah keputihan dan kekuningan, lendir berbau busuk, senggugut setiap kali datang haid, kegatalan, buasir, bau badan busuk dan sering pitam. Kemudian, saya diperkenalkan tuala wanita herba FC Bio Sanitary Pad Avail Beauty semasa saya menghantar pizza ke rumah pelanggan di Kampung Jawa, Klang. Alhamdulillah sejak itu, masalah saya semakin hari semakin pulih setelah penggunaan berterusan selama tiga bulan,” katanya.

Selepas itu, Shuhaily dinasihat tidak menggunakan pad di pasaran yang dikatakan mengandungi racun dioksin yang menjadi punca masalah yang saya hadapi.

“Bulan ke-empat menggunakan FC Bio, saya semakin ceria dan sihat. Ia telah mengeluarkan darah beku yang berketul-ketul sebesar penumbuk dan selebar tapak tangan. Pada mulanya, saya amat terkejut tetapi setelah diberitahu itu adalah kelebihan produk dan saya tak alami senggugut lagi. Semua masalah saya telah lenyap sama sekali dengan menggunakan satu produk sahaja hanya dengan kos RM33,” jelasnya.

Kemudian, Shuhaily menggunakan semula tuala wanita di pasaran tanpa saya memikirkan akibatnya kerana kesempitan wang.

“Ketika itulah masalah saya kembali. Haid tidak teratur, empat bulan tak datang haid dan keputihan semakin banyak. Rupa-rupanya fibroid dalam rahim tersebut aktif semula Saya dinasihatkan untuk pembedahan buang rahim sekali lagi. Saya tidak mahu dan menggunakan semula FC BIO selama seminggu. Fibroid tersebut telah mengecut dan tiada lagi. Kini, saya terus menggunakannya. Kesihatan saya pulih sepenuhnya,” ujarnya.


Ina Mamat – Berkenaan Penulis:

Tujuan utama saya menulis adalah untuk berkongsi maklumat tentang produk yang boleh mengurangkan toksin didalam badan kita kaum wanita diseluruh Malaysia.
Produk ini berkuality, tiada agen fluoresen, agen peluntur berklorin, dioksin dan lain-lain yang menjadi agen pembawa kanser, masalah haid dan saik puan.
Anda boleh menghubungi Ina untuk mendapat maklumat lebih lanjut berkenaan dengan produk pad herba 100% kapas AVAIL (FC Bio Sanitary Pad).
Ina boleh dihubungi di http://www.goavail.com atau email ina@goavail.com atau handfon 014-6377725

Share this

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Powered by WP Hashcash