Jualan Akhir Tahun

Pakej Jumlah Dalam Stok Harga Biasa Harga Sekarang*
3 set Combination 15 9 sahaja lagi RM375 RM330
3 set Pantiliner 20 9 sahaja lagi RM375 RM330
1 set Pantiliner + 1 set Day + 1 set Night 15 4 sahaja lagi RM375 RM330
1 set Combo + 1 set Day + 1 set Night 10 2 sahaja lagi RM375 RM330
1 set Combo + 2 set Day 5 1 sahaja lagi RM375 RM330
2 set Combo + 1 set Day 10 1 sahaja lagi RM375 RM330
3 set Day 10 HABIS! RM375 RM330
3 set Night 10 HABIS! RM375 RM330

* Harga ambil sendiri di Subang Jaya, Selangor.
Tambah RM10 untuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia.

Hubungi 0192807275 untuk pesanan dan pertanyaan.

Blog

Pelalian HPV & Avail FC Bio Sanitary Pads: Mencegah Anda Dari Kanser Servik

Blog,Info Produk,Produk,Tip 2 Comments

 

Apakah Kanser Servik ?
Kanser yang terjadi di bahagian pangkal rahim (servik). Kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1,500 wanita Negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita.

Apakah Human Papilloma Virus (HPV) ?
HPV adalah penyebab utama kanser servik. Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin.

Apakah pelalian HPV ?
Pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut:

Suntikan pertama – tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/kllinik.
Suntikan kedua – 1 bulan selepas suntikan pertama.
Suntikan ketiga – 6 bulan dari suntikan pertama.

Vaksin yang digunakan untuk pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan.
 

Disamping mendapat Pelalian HPV, Anda juga digalakkan menggunakan produk pad herba Avail, FC Bio Sanitary Pad untuk pencegahan tambahan dari ancaman kanser Servik

 

Video FC Bio Sanitary Pads

 

Jangan Lupa Untuk Download Ebook PERCUMA "Rahsia Menjaga Mahkota Wanita". Hadiah istimewa kami kepada semua anda pelawat www.goavail.com. Terima kasih!

ebook rahsia menjaga mahkota wanita 200 Pelalian HPV & Avail FC Bio Sanitary Pads: Mencegah Anda Dari Kanser Servik

Kenapa Anak Gadis 13 Tahun Saya Perlu Mendapatkan Pelalian HPV ?
Anak gadis anda berisiko untuk dijangkiti HPV. Pelalian ini boleh melindunginya dari mendapat kanser servik di masa akan datang.

Pada masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia hanya memberi pelalian secara percuma kepada semua gadis 13 tahun.

Di Mana Anak Gadis Saya Boleh Mendapatkan Pelalian HPV ?
Jika anak gadis anda bersekolah, pelalian akan diberi di sekolah. Jika anak gadis anda tidak bersekolah, dapatkannya di klinik kesihatan.

Bagaimana Sekiranya Anak Gadis Saya Yang Tidak Termasuk Di Dalam Kumpulan Sasar Ini Hendak Mendapatkan Pelalian ?
Pelalian ini hanya diberi kepada remaja perempuan yang bersekolah di tingkatan 1 dan/atau berumur 13 tahun pada tahun semasa. Bagi golongan yang tidak termasuk dalam kumpulan yang disasarkan, pelalian ini boleh didapati di klinik dan hospital swasta dengan kadar caj tertentu.

Apakah Peranan Saya Sebagai IbuBapa/Penjaga ?
Beri persetujuan bertulis untuk melayakkan anak anda menerima pelalian secara percuma. Pastikan anak anda melengkapkan tiga suntikan pelalian secara percuma. 3 suntikan pelalian boleh memberi perlindungan optima untuk gadis anda dari jangkitan HPV.

Siapa Yang Akan Memberi Suntikan ?
Suntikan akan diberikan oleh anggota kesihatan yang bertauliah dan terlatih.

Adakah Vaksin Ini Halal?
Vaksin ini tidak mengandungi produk yang meragukan.

Adakah Anak Gadis Saya Akan Mengalami Masalah Selepas Disuntik ?
Pelalian ini adalah selamat. Seperti pelalian lain, anak gadis anda mungkin mengalami sakit atau bengkak di tempat suntikan. Sekiranya, anak gadis anda mengalami masalah lain akibat suntikan, sila dapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital yang berdekatan.

Adakah Pelalian Ini Akan Menyebabkan Anak Saya Mandul ?
Tidak. Pelalian ini tidak menyebabkan kemandulan.

Apakah Keadaan Yang Tidak Membolehkan Anak Gadis Saya Diberi Pelalian HPV ?
Anak anda tidak akan diberi pelalian atas sebab-sebab berikut :
 

  • Pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua.
  • Pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital.
  • Hamil.

Apakah Tindakan Saya Jika Anak Saya Terlepas Tarikh Temujanji Pelalian ?
Jika anak anda tidak sihat atau tidak hadir ke sekolah pada hari pelalian, tarikh temujanji baru akan diberi oleh anggota Kesihatan.

Maklumat tambahan :
Maklumat tambahan berkaitan pelalian HPV boleh didapati melalui :
 

  • Doktor atau anggota Kesihatan di sekolah atau di klinik.
  • Layari www.myhealth.gov.my atau www.moh.gov.my.
  • Hubungi Hotline HPV : 1 – 800 – 88 – 1478

 

* HPV – Human Papilloma Virus

Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia
Kredit: www.myhealth.gov.my
Kredit: www.infosihat.gov.my

 

Share this

2 Comments to "Pelalian HPV & Avail FC Bio Sanitary Pads: Mencegah Anda Dari Kanser Servik"

  1. amira najwa

    February 28, 2011

    salam.. sy berumur 18 tahun.. adakah sy perlu mendapatkan suntikan ini?? jika tidak perlu. apakah sebab yang mengatakan sy tidak perlu mendapatkan suntikan tersebut?

    Reply
    • Ina Mamat

      March 4, 2011

      Salam Cik Amira,
      Saya pun tidak pasti dengan itu. Saya cadang Amira mungkin boleh hubungi KKM bertanyakan info ini.
      Nanti kalau ada jawapan jangan lupa share kat sini yer :)

      Terima kasih.

      Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Powered by WP Hashcash