Jualan Akhir Tahun

Pakej Jumlah Dalam Stok Harga Biasa Harga Sekarang*
3 set Combination 15 9 sahaja lagi RM375 RM330
3 set Pantiliner 20 9 sahaja lagi RM375 RM330
1 set Pantiliner + 1 set Day + 1 set Night 15 4 sahaja lagi RM375 RM330
1 set Combo + 1 set Day + 1 set Night 10 2 sahaja lagi RM375 RM330
1 set Combo + 2 set Day 5 1 sahaja lagi RM375 RM330
2 set Combo + 1 set Day 10 1 sahaja lagi RM375 RM330
3 set Day 10 HABIS! RM375 RM330
3 set Night 10 HABIS! RM375 RM330

* Harga ambil sendiri di Subang Jaya, Selangor.
Tambah RM10 untuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia.

Hubungi 0192807275 untuk pesanan dan pertanyaan.

Blog

Membuka Bisnes Sendiri

Blog,Keusahawanan No Comments

Mungkin anda tidak puas hati dengan pendapatan yang anda dapat. Atau mungkin anda masih ada waktu lapang di luar pekerjaan utama? Apabila anda merasakan hal itu, mungkin anda mula berfikir membuka bisnes sendiri.

Kita biasa menyebut bisnes ini sebagai usaha sampingan. Kalau sekarang anda akan mencari pendapatan dalam keluarga, bermakna anda sudah ada dua sumber pendapatan.

Jika usaha ini makin lama makin membesar, anda boleh memilih untuk fokus bisnes anda sendiri atau menyerahkan pengurusan pada orang lain. Sehingga anda ada lebih banyak masa untuk diri anda sendiri, sementara pendapatan terus berjalan. Jadi, bisnes sendiri boleh memberikan anda kebebasan masa dan wang. Hebat kan? Bandingkan dengan apabila anda bekerja untuk orang lain.

Tetapi merintis bisnes sendiri tidak semudah itu. Awalnya, anda harus terlibat penuh dalam bisnes tersebut. Anda perlu merancang sistemnya, mengatur siapa saja orang-orang yang akan membantu, bagaimana bisnes itu boleh berjalan, bagaimana memasarkan, dan sebagainya.

Boleh dikatakan, pada awal membuka bisnes sendiri memerlukan usaha yang lebih keras berbanding bila anda bekerja dengan orang lain. Tetapi jika bisnes itu sudah mulai berjalan dengan baik, anda perlahan-lahan boleh mula meninggalkannya dan membiarkan usaha tersebut berjalan dengan sendirinya.

peluang business avail join now1 Membuka Bisnes Sendiri
 

BILA INGIN MEMBUKA BISNES SENDIRI

Sekarang, apa yang harus anda perhatikan jika ingin membuka bisnes sendiri?

1. Bidang Bisnes

Tentukan terlebih dulu, bidang bisnes macam apa yang ingin anda jalankan. Adakah anda ingin menjalankan bisnes kedai makan? Atau adakah anda ingin membuka kedai runcit, atau ingin membuka sebuah butik? Bagaimana kalau kedai cenderahati? Boleh juga kan? Pada prinsipnya, semua bisnes tersebut boleh dikategori kepada:

Bidang Bisnes yang jarang atau belum ada.

Sebahagian dari anda mungkin ragu bila ingin memulakan bisnes yang belum ada atau masih jarang dilakukan. Tapi itu bukan bermakna anda tidak akan berjaya. Tengok Avail. Ketika pertama kali diperkenalkan, banyak orang ragu apakah Avail dengan produk FC Bio Sanitary Pads boleh berjaya di pasaran, padahal belum pernah sebelumnya ada syarikat yang menjual pad herba. Bahkan pada awalnya banyak yang mencemuh. Tapi selepas 6 tahun, ternyata bisnes Avail telah berjaya.

Bidang Bisnes yang sudah banyak dilakukan

Anda boleh juga memulakan bisnes yang sudah banyak dilakukan. Kalau tadi banyak orang ragu untuk memulakan bisnes yang baru, tapi di lain pihak banyak juga orang yang ragu-ragu untuk memulakan bisnes yang sudah banyak dijalankan. Sebagai contoh, ramai wanita yang ragu-ragu untuk membuka butik, kerana di sekitarnya sudah banyak yang melakukannya.

Sebenarnya, walau butik anda baru bermula, tapi kalau baju-baju yang anda jual mempunyai kelebihan atau ciri khas dibanding pesaing anda, selalunya ada peluang untuk berjaya. Belum lagi faktor perkhidmatan yang baik, walau bisnes ini banyak pesaingnya, maka peluang untuk berjaya tetap terbuka.

2. Lokasi

Di mana anda ingin membuka lokasi bisnes anda? Di rumah sendiri? Atau anda ingin menyewa sebuah tempat kecil di pinggir jalan? Atau anda ingin menyewa sebuah kedai? Jangan lupa bahawa dalam beberapa jenis bisnes, lokasi memain peranan yang cukup penting. Anda sendirilah yang harus menentukan lokasi mana yang tepat dalam usaha anda. Sekali lagi, lokasi memegang peranan yang sangat penting.

3. Pelanggan

Bagaimana anda mendapatkan pembeli barangan anda? Adakah anda akan bermula dengan mempromosikannya dari mulut ke mulut? Ataukah anda akan membuat flyers dan menyebarkannya dari rumah ke rumah?

Beberapa orang yang saya kenal mempromosikan bisnesnya dengan memasang bunting di depan tempat bisnesnya. Ada juga yang mempromosikan bisnesnya dengan memasang iklan kecil di akhbar. Atau, kenapa anda tidak mencuba memasang iklan anda di internet? Internet terbukti merupakan media yang ampuh dalam menjaring pembeli, walaupun mungkin tidak semuanya.

Yang terpenting di sini adalah anda sudah harus tahu terlebih dahulu tentang bagaimana cara anda dalam mendapatkan pembeli atau klien dari usaha anda. Bila tak ada pembeli, tak akan ada jualan. Bila tak ada jualan, maka bisnes anda tidak cukup berhasil. Sederhana sekali.

4. Tenaga Kerja

Berapa orang yang akan anda ambil sebagai pekerja? Apakah hanya anda sendiri yang bekerja di situ? Adakah anda juga menggaji sejumlah orang dalam bisnes anda? Mungkin ada baiknya kalau anda mulai dengan jumlah tenaga kerja yang sedikit lebih dahulu. Nanti bila bisnes anda makin berkembang, anda mungkin akan memerlukan sejumlah tambahan orang yang boleh anda pekerjakan.

Ada bagusnya bila anda juga menggaji anggota keluarga anda. Seperti anak anda (bila mereka sudah cukup umur tentunya), atau mungkin suami anda. Dengan menggaji mereka, maka secara tidak langsung mereka juga akan mempunyai kehendak  memiliki bisnes tersebut. Dengan adanya rasa memiliki dari para ahli keluarga, maka sokongan yang diberikan kepada anda untuk menjalankan usaha tersebut boleh makin besar.

5. Perancangan Kewangan

Banyak bisnes yang bankrup kerana kehabisan wang tunai. Kerana itu penting sekali bagi anda untuk mengira jumlah modal awal yang sebaiknya anda miliki untuk boleh menjalankan bisnes anda. Alangkah baiknya apabila modal tersebut  mencukupi untuk membayar perbelanjaan syarikat selama 12 bulan ke hadapan.

Selain modal awal, apa yang harus anda lakukan adalah dengan membuat anggaran cashflow selama 12 bulan ke depan. Anggaran cashflow adalah perhitungan yang menggambarkan berapa perkiraan keluar masuk wang tunai dalam bisnes anda. Sama seperti modal, maka alangkah baiknya kalau anda mempunyai anggaran cashflow selama 12 bulan ke depan. Dengan demikian, dalam setahun ke depan, bisnes anda diharapkan tidak akan muflis hanya gara-gara kehabisan wang tunai.

Di samping hal-hal di atas, ada hal-hal lain yang perlu anda perhatikan. Memang ada pepatah mengatakan bahawa orang baik bahagia hidupnya. Tapi dalam bidang usaha, terlalu baik hati boleh menciptakan kebinassan. Dan memang banyak pemilik usaha kecil yang terlalu "baik" dalam menjalankan usahanya, seperti:

- Mereka terlalu mengalah terhadap partner atau pelanggannya

- Mereka menetapkan harga yang cukup-cukup saja atas produk dan perkhidmatan yang dijualnya

- Mereka terlalu baik hati dan kurang tegas terhadap kakitangan

- Mereka merasa ada sesuatu yang salah, kotor atau tak bermoral kalau mereka mendapatkan wang, keuntungan atau kesempatan.

Oleh itu, elakkan hal-hal seperti itu. Pemilik bisnes yang baik tidak berlaku baik, tetapi berlaku adil. Adil terhadap partner atau pelanggannya, adil terhadap harga barangan dan perkhidmatan yang dijualnya, adil terhadap kakitangannya, dan tentu saja adil terhadap dirinya sendiri.

Akhirnya, yang paling penting, ada satu hal yang harus ada di fikiran anda sebelum memulakan bisnes sendiri, iaitu: SIAP UNTUK GAGAL . Rancang kejayaan anda, tetapi bersiaplah untuk gagal. Sehingga apabila anda betul-betul gagal, anda tidak akan down, dan bersedia untuk bangkit kembali.

Share this

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Powered by WP Hashcash