KUALA BERANG: Kementerian Kesihatan digesa memberi penjelasan kepada orang ramai berhubung dakwaan bahawa penggunaan tuala wanita dikatakan menjadi punca wanita menghidap penyakit barah pangkal rahim.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Rosol Wahid, berkata penjelasan perlu bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan rakyat berhubung dakwaan itu yang dibuat beberapa persatuan pengguna dan tersebar melalui internet.
Berdasarkan kajian sebuah persatuan pengguna, antara punca utama wanita diserang barah pangkal rahim adalah disebabkan penggunaan tuala wanita yang diperbuat daripada bahan buangan termasuk kertas terpakai.
“Jika kita kaji dan membuat perbandingan, wanita pada zaman dulu tidak menghidap penyakit barah pangkal rahim kerana tidak menggunakan tuala wanita, justeru, dakwaan itu memang nampak ada asasnya.
“Sebab itu kita minta kementerian membuat kajian dan mengumumkan sama ada dakwaan dibuat persatuan pengguna terbabit betul atau sebaliknya supaya orang ramai terutama di kawasan luar bandar tidak terus keliru,” katanya.
Beliau berkata demikian ditemui selepas merasmikan Kem Kesihatan Felda Bukit Banding bertemakan ‘Ke Arah Kesedaran Penyakit Kusta dan Barah’ di Dewan Sivik Felda Bukit Banding, Ajil, Hulu Terengganu di sini, semalam.
Sementara itu, Rosol juga meminta Kementerian Kesihatan membuat kajian mendalam mengenai serangan angin ahmar yang semakin berleluasa hingga kerajaan negeri mendapati hampir setiap keluarga ada seorang penghidap.
“Selain kajian, kementerian juga perlu menggiatkan kempen kesedaran dan langkah pencegahan bagi mengelak serangan angin ahmar di kalangan penduduk termasuk di kawasan luar bandar.
“Kita difahamkan punca utama serangan angin ahmar adalah disebabkan saluran darah tersumbat dan saluran urat pada otak pecah,” katanya.
Ahad, Jam 9 malam13 Februari 2011, Usahawan Berjaya, Saudara Azman Bidin sekali lagi secara esklusif akan muncul LIVE bersama anda melalui Internet Video Conference.
Beliau akan berkongsi 1001 pengalaman beliau sebagai Usahawan Berjaya. Jangan lepaskan peluang ini untuk mengubah status kewangan anda!
Seminar Online: Bagaimana Menukar Status Kewangan Anda Di Tahun 2011, Dengan Menjana Pendapatan Secara KONSISTEN!
Hai.. salam sejahtera. Malam semalam saya ke surau dan sambil terdengar ceramah agama tentang ibadah puasa. Jadi, dipendekkan cerita masuklah bab “Fidyah”. Tau ke fidyah ini apa?
Saya terjumpa definisi fidyah:
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di Bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya Bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Hukum membayar Fidyah adalahWAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu membayar puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib di ganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.
Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah di beri makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
Fidyah ni senang cakap adalah bayar secupak beras kepada orang fakir miskin. Dan ada beberapa sebab kenapa kita kena bayar fidyah.
SEKTOR perniagaan dan perdagangan merupakan suatu kegiatan ekonomi berprospek paling baik dan memberikan pulangan pendapatan lumayan. Banyak insentif dan peluang disediakan kerajaan kepada rakyat negara ini untuk menceburi bidang penting itu. Malah, pendedahan awal berkenaan perniagaan sedang rancak diusahakan sama ada di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi (IPT).
Ini satu pendekatan terbaik dalam menjadikan bidang keusahawanan sebagai profesion anak muda di negara kita. Namun, baru-baru ini, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana setakat ini, kurang lima peratus mahasiswa yang menceburi bidang itu selepas mereka tamat pengajian.(more…)